top of page

Kak Wan disambut meriah di DUN Tanjung Surat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 6, 2022
  • 1 min read


Kedatangan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini bagi membantu kempen calon DUN Tanjung Surat, Rosman Tahir disambut meriah penduduk setempat.


Menurut Rosman, Kak Wan mengiringinya ke Bandar Sungai Rengit menyantuni komuniti Cina di situ, pagi tadi.


"Di pekan ini ada yang sanggup memberhentikan kenderaan untuk menemui Kak Wan.


"Lebih menambah erat lagi dengan komuniti cina, saya juga fasih berbahasa Cina. Malah ada pula menyangka saya adalah calon KEADILAN berbangsa Cina," katanya.


Selepas menemui pekedai berbangsa Cina, mereka singgah pula ke sebuah perkampungan nelayan dan kedai kedai yang menjual hasil laut.


Di situ, kata Rosman, Ahli Parlimen Pandan itu disambut oleh komuniti nelayan yang bertanya khabar.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page