
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 pada tahun ini dikunjungi meriah selepas negara memasuki fasa endemik Covid 19.
Pelbagai golongan mengunjungi pesta buku termasuk banyak dalam kalangan ahli ahli politik.
Salah seorang yang hadir di pesta buku semalam adalah Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Beliau ke sana untuk melancarkan buku sahabat karibnya Husna Kassim yang menulis buku berjudul, "People & Places Walk My Journey"
Dalam ucapannya Dr Wan Azizah yang mesra dipanggil Kak Wan kagum dengan semangat Husna mengembara ke Mongolia dan menuliskan pengalaman beliau.
"Saya datang kerana dia (Husna) kawan saya sejak darjah satu. Kami membesar bersama.
"Kita sebagai muslim kita kena baca, Iqrak, (ertinya) baca. Kita kena baca.
"Beliau pergi ke Mongolia. Saya pernah pergi ke Mongolia kerana urusan kerajaan.
"Dan kita semua pengembara di dunia dan inshaAllah kita akan pergi (akhiri) di Jannah," katanya dalam ucapan peluncuran buku tersebut.
Usai melancarkan buku, Dr Wan Azizah mengunjungi kedai kedai jualan buku dan mendapatkan dua buku terbitan terbaharu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Di kedai Dr Maszlee, Kak Wan sempat bergambar bersama Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam itu
Dr Maszlee menandatangani buku Kak Wan dalam suasana santai bersama beberapa pimpinan peringkat cabang termasuk Ketua Cabang Kuala Selangor Yahya Shari.
Pengunjung turut mengambil kesempatan bergambar bersama Kak Wan sebagai kenang kenangan di pesta buku.