top of page

Kajian persempadanan semula kawasan mengundi di Semenanjung mulai 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 8, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) memberi bayangan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Semenanjung Malaysia dijangka akan bermula pada 2026.


Timbalannya, Ramkarpal Singh berkata persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak bermula pada tahun ini manakala Sabah dijadualkan pada 2025.


"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) akan membuat kajian dalam tempoh dua tahun. Selepas tempoh itu, satu laporan yang mengandungi penemuan-penemuan akan dikemukan kepada Perdana Menteri


"Jadi dalam proses itu banyak faktor akan diambil kira oleh SPR sama ada 'proportionality' (perkadaran) itu adalah bersesuaian," katanya


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan V. Ganabatirau (PH-Klang) mengenai persempadanan semula, memandangkan jumlah pengundi yang tidak dilihat seimbang bagi sesetengah kawasan Parlimen.


Mengulas lanjut, Ramkarpal berkata, faktor-faktor tersebut akan dipertimbangkan oleh SPR dalam kajian dua tahun itu.


"Kalau kita bandingkan penduduk di Bangi, contohnya lebih kurang 300,000 pengundi berbanding Putrajaya (hanya 40,000). Ini semua akan diambil kira (SPR)," ujarnya.


Untuk rekod, persempadanan kawawan pilihanraya dikritik hebat oleh Pakatan Harapan sejak dua dekad lalu apabila taburan pengundi didapati tidak seimbang di antara kawasan bandar - luar bandar, Melayu - bukan Melayu dan kawasan dimenangi pemerintah - pembangkang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page