top of page

Kajian Pelan Induk Air Selangor dijangka siap Jun 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

Kajian Pelan Induk Air Selangor bagi mengurus lebih 1,000 sungai di seluruh negeri secara holistik dan mampan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan.


Exco Infrastruktur Negeri Selangor, Datuk Ir Izham Hashim (gambar) berkata kajian meliputi pelbagai aspek termasuk pembangunan serta pengurusan sumber air itu diselaras bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan turut melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Kajian jelasnya juga bagi menilai keberkesanan projek tebatan banjir yang dilaksana di negeri itu.

"Semua cadangan kita selaras dan ambil kira secara holistik, bukan hanya banjir tetapi isu air mentah, terawat, pencemaran dan juga kemarau. Kita perlu bersedia semua situasi dan ia dimasukkan dalam pelan induk.


"Namun, setakat ini, mana-mana projek langkah segera tangani banjir beri maklum balas positif antaranya di Taman Mutiara, Klang. Sebab itu, untuk projek jangka masa panjang kita teruskan, manakala langkah segera kita pastikan ia selesaikan isu banjir," katanya pada Sabtu.


Terdahulu, Ir Izham hadir menyampaikan bantuan nelayan berjumlah RM670,000 menerusi Program Pembangunan Agropreneur Selangor Bantuan Nelayan di Jeti Hai Gang Fishery, Tanjong Karang.


Dalam pada itu, Izham berkata pihaknya turut memberi tumpuan kepada naik taraf ban di kawasan pesisir pantai seluruh Selangor bagi mengelak limpahan air ketika fenomena air pasang besar.


"Bagi semua ban yang rebak, kita akan guna teknologi Sistem Tetulang Pratuang (SPS) dari Indonesia dan Fiber Stone Mesh (SFM) dari Korea. Kita akan buat perolehan bermula Januari.


"Teknologi ini akan bantu daripada segi hakisan. Semua baik pulih akan mula berjalan tahun hadapan selama beberapa bulan. Insya-Allah, kita akan lebih bersedia dan pembinaan lebih kemas," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page