top of page

Kajian dapati logo KEADILAN lebih diyakini pengundi Perak



Polemik sama ada menggunakan sekali lagi logo KEADILAN atau Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mengilhamkan KEADILAN Perak untuk melakukan satu kajian lapangan ke atas pengundi baru-baru ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhamad Arafat, hasil kajian tersebut menunjukkan logo KEADILAN menjadi pilihan pengundi di Perak berbanding logo parti-parti lain dalam PH.


"Biro Penerangan KEADILAN perak dengan kerjasama NGO telah membuat kajian di 59 kawasan DUN Perak untuk mengetahui logo manakah lebih sesuai digunakan pada PRU 15


"Dapatan kajian itu seramai 78 % responden menyatakan logo KEADILAN lebih sesuai digunakan berbanding 22 % logo PH," kata beliau dalam kenyataan bersama yang turut dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Negeri, Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN Perak.


Sehubungan itu, kata Arafat, KEADILAN Perak menggesa logo parti itu dikekalkan pada PRU 15 demi menjamin kemenangan sebagaimana dalam PRU 2018 lalu.


"Kami mewakili seramai 78,750 anggota KEADILAN Perak Darul Ridzuan termasuk Ketua Ranting, Ketua Cabang, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen juga berpendapat selaras dengan pilihan majoriti rakyat Perak, dengan menggunakan logo dan bendera KEADILAN pada PRU15 yang akan datang sebagai strategi untuk membantu kemenangan PH sebagaimana terbukti pada PRU 14.


"Logo KEADILAN juga bakal menterjemahkan perjuangan reformasi dan tanggungjawab parti sebagai pembela rakyat sejak lebih 20 tahun lalu," katanya.


Tambah Arafat, logo parti reformasi itu lebih diyakini pengundi kerana perjuangan KEADILAN tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan fahaman politik.


Katanya, Majlis Pimpinan Negeri turut mengambil maklum usaha ahli-ahli akar umbi yang giat bekerja membantu rakyat terkesan akibat ketidaktentuan polisi kerajaan bagi permasalahan rakyat ketika pandemik Covid-19.


Juga mengambil kira keahlian parti dan kesungguhan jentera akar umbi menubuhkan Ranting-ranting baharu menghadapi PRU 15.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page