top of page

Kaji semula pelaksanaan UPSR, PT3 penting nilai potensi murid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengkaji semula pelaksanaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi memastikan sistem pentaksiran negara kekal relevan dan berkesan disokong penuh Biro Pendidikan KEADILAN Cabang Kuantan, Pahang.


Menurut ketua biro, Tan Ibrahim, langkah proaktif KPM itu mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam menyesuaikan sistem pendidikan dengan keperluan pendidikan abad ke-21 yang menekankan pembangunan murid secara lebih holistik.


"Kajian semula ini memberi ruang kepada pendekatan yang lebih menyeluruh dalam menilai potensi murid, bukan hanya berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga melibatkan pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah dan kreativiti," katanya dalam satu kenyataan.

Tan bin Ibrahim
Tan bin Ibrahim

Beliau menegaskan bahawa sebarang perubahan dalam sistem pentaksiran perlu berpaksikan kepentingan murid serta berteraskan prinsip keadilan pendidikan agar tiada pihak yang tercicir dalam arus pembelajaran.


"Justeru, kami menyokong penuh usaha KPM untuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam proses kajian ini, termasuk guru, ibu bapa, pakar pendidikan dan masyarakat umum," ujarnya.


Tambah beliau, pendekatan inklusif tersebut diyakini mampu menghasilkan satu sistem pendidikan yang lebih progresif, mampan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.


"Kami yakin bahawa hasil kajian ini akan membawa kepada satu sistem pendidikan yang lebih progresif, inklusif dan mampan demi melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page