top of page

Kaji semula monopoli: Pembangkang jangan kaitkan dengan perkauman

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 26, 2023
  • 2 min read


Politik pembangkang PN menuju ke arah yang amat sempit apabila polisi terbaharu Kerajaan Perpaduan untuk memecahkan monopoli syarikat perkhidmatan utama negara dikaitkan dengan sentimen perkauman, memecahkan penguasaan peniagaan Melayu dan diserahkan kepada kaum Cina.


Bagi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, sikap politik semberono penyokong Pas tersebut tidak akan memajukan kaum Melayu kerana sejak puluhan tahun monopoli dibenarkan semangat persaingan dalam kalangan usahawan Melayu semakin merosot serta menyukarkan untuk mereka bersaing di peringkat global.


"KEADILAN Kemaman membidas sikap penyokong Pas yang mengaitkan kajian semula monopoli ekonomi negara oleh kerajaan dengan sentimen perkauman sempit.


"Langkah kerajaan mengkaji semula monopoli syarikat besar dalam sektor ekonomi adalah satu cara untuk memulihkan semula ekonomi dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pemain-pemain industri yang terlibat. Justeru meningkatkan kualiti dan perkhidmatan kepada rakyat.


"Keputusan kerajaan ini tidak langsung berkaitan dengan isu kaum dan juga agama. Sikap penyokong Pas yang berterusan mengaitkan apa saja dasar dan keputusan kerajaan dengan sentimen perkauman dan agama menunjukkan bahawa pihak pembangkang sudah ketandusan idea dalam memberi semak dan imbang kepada kerajaan," kata KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan.


Pada sisi lain sikap yang dipaparkan oleh penyokong Pas itu juga, kata mereka, dilihat pelik kerana sewaktu parti itu dalam Pakatan Rakyat syarikat Melayu yang diberi monopoli itu dikritik hebat kerana didakwa mengkayakan elit tertentu dan tidak menguntungkan rakyat terbanyak.


Oleh itu, KEADILAN Kemaman berharap penyokong Pas tidak berterusan membakar sentimen perkauman kerana hal itu hanya akan membuktikan laungkan mereka sebelum ini adalah satu pembohongan dan menyerlahkan sikap hipokrasi.


"KEADILAN Kemaman menyeru masyarakat supaya tidak terus terpengaruh dengan modal politik murahan pembangkang ini dan sama-sama menghapuskan anasir-anasir buruk terutama sentimen perkauman dan agama yang sempit," kata kenyataan itu lagi.


Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula isu monopoli dalam setiap sektor. Hal itu susulan tindakan beberapa kementerian yang tidak lagi membenarkan syarikat Puspakom dan Touch n Go menjadi pemain tunggal dalam bidang perkhidmatan masing masing.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page