top of page

PRN Melaka: Pastikan tiada double standard terhadap SOP berkempen


Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberi jaminan bahawa tiada layanan berbeza terhadap mana-mana parti, jika ada yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Katanya, sudah wujudnya dwistandard terhadap larangan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya, memaksa semua parti mengikut SOP yang lebih ketat berbanding PRN Sabah.


Sebagai contoh, katanya, Singapura yang mengadakan pilihan raya umum tahun lepas membenarkan ‘party political broadcast’ secara saksama antara semua parti yang bertanding.


“Saya meminta kerajaan memberi jaminan yang sama, ya kita ada media sosial, kita boleh hantar surat dan sebagainya…kita perlu bagi akses yang sama kepada semua parti bertanding.


“Kalau yang bertanding itu Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, bagi sama rata. Kita sebagai wakil rakyat kita minta jaminan ini dan ini sepatutnya dijadikan ‘reference point’ bila kita bergerak berhadapan dengan pilihan raya lain akan datang,” katanya.


Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu turut mempersoalkan SOP ketat sedangkan Melaka kini sudah berada di Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara.


"Restoran sudah penuh, 'mall' penuh, kenduri kahwin boleh dibuat, kuliah boleh dibuat tetapi ceramah tidak boleh, rumah ke rumah tak boleh, kempen tak boleh," katanya.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page