top of page

Kaji semula hukuman ceroboh hutan simpan, curi kayu balak di Sabah



Kerajaan Negeri Sabah perlu mengkaji semula undang undang mengenai pencerobohan hutan bagi meningkatkan jumlah hukuman supaya menjadi pengajaran kepada penceroboh.


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, kajian semula itu perlu dilakukan berikutan kes terbaharu pencerobohan hutan yang hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 sahaja.


"Hari ini saya dapat satu surat dari pengadu yang mengatakan Hutan Simpan Kelas 1 di Sungai Maliau Basin telah diceroboh oleh syarikat yang terlibat.


"Yang mengecewakan saya (berdasarkan surat pengadu) adalah keputusan (pencerobohan) Hutan Simpan Kelas 1 dianggap telah selesai dengan hanya denda sejumlah RM30,000 selepas kemusnahan, kayu balak ditebang dan diangkut


"Saya selaku Ketua Cabang Pensiangan merayu kepada YAB Ketua Menteri Sabah supaya mengkaji semula bentuk hukuman kepada syarikat atau individu yang telah melakukan kesalahanan," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Raymond Ahuar, Kerajaan Negeri perlu memenuhi persepsi rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar uar bersih serta anti-korupsi dengan melaksanakan tatakelola baik di semua peringkat.


"Tidak kira Persekutuan atau negeri. Hari ini apabila pengadu mengeluh kepada saya dengan denda sebaganyak RM30,000, adakah ia akan memberi pegajaran?


"Sepatutnya ada tindakan yang lebih berat dikenakan oleh Kerajaan Negeri. Syarikat itu (yang menceroboh) sepatutnya disenarai hitam, pegawai yang terlibat, jabatan yang bertugas di lapangan sepatutnya perlu mengesan perkara ini.


"Ini bukan mencuri sekampit beras, ini adalah kawasan kayu balak yang begitu besar yang menjadi khazanah negeri.


"Jadi saya merayu supaya Kerajaan Negeri mengkaji semula tindakan ini dan menjadi panduan di masa akan datang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page