Kaji laksanakan semula UPSR, wujud persaingan pelajar capai kecemerlangan
- Suara Keadilan
- Jul 25
- 2 min read

Oleh: Helmi Mohd Foad
Kementerian Pendidikan (KPM) wajar meneliti semula pelaksanaan sistem penilaian dan pentaksiran melalui pemeriksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi (gambar) berkata pemerhatian pihaknya mendapati murid-murid tiada sasaran jelas dalam pembelajaran dan bersikap ambil mudah serta kurang memberi tumpuan dalam menguasai sesuatu subjek.
"Sejak pemansuhan UPSR dan PMR, kini tiada lagi budaya persaingan sihat dalam bidang akademik di sekolah kerana tiada apa yang perlu dikejar dan dibuktikan oleh murid.
"Tindakan segera wajar diambil sebelum generasi seterusnya turut terkesan dengan masalah ini," katanya dalam hantaran di X.
Najwan yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor berkata demikian ketika mengulas pojok pengarang sebuah akhbar harian mengenai kesan pemansuhan kedua-dua pemeriksaan awam itu.
Sebelum ini terdapat pakar pendidikan seperti Prof Dr Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyifatkan dakwaan bahawa UPSR membebankan pelajar sebagai “fitnah besar” dan menegaskan peperiksaan itu wajar dikembalikan memandangkan ia mula diperkenalkan pada 1988 selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendikan.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menyokong cadangan Anuar dengan menekankan sistem penilaian berpusat melalui UPSR penting untuk mengukur keupayaan sebenar pelajar dan beliau mendapati terdapat penurunan pencapaian pelajar selepas ia dimansuhkan.
Sebelum ini Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengumumkan UPSR dimansuhkan mulai 2021 manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan pada 2021 ketika berlaku pandemik Covid-19 dan dimansuhkan sepenuhnya pada 2022.
Langkah ini dibuat bagi memberi fokus kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada masa ini secara konsisten menegaskan kementerian tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3 kerana ia dianggap tidak relevan dan bertentangan dengan falsafah penilaian holistik melalui PBS/PBD.
All education system my be gazetted in the Constitution . Every time new education Minister Come to power changing the education system as they like. In 1950's if you fail in STD 6. You cannot continue yr studies. The government should implement the education from STD one to Form5 n must pass n get their place from STD one to form five. Now the students are going to upper Classes with out any test or examination.