top of page

Kaji dasar perumahan negara pastikan rakyat marhaen selesa



Dasar Perumahan Negara sedia ada bakal dikaji semula berdasarkan rangkuman intisari Membangun Malaysia Madani, kata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).


KPKT berkata kajian itu bakal mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan berbilang kaum di Malaysia supaya Dasar Perumahan Negera yang bakal dilaksana pada masa hadapan akan dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.


Antara langkah yang bakal dilaksana dalam kajian itu antara lain melihat kepada beberapa contoh dasar perumahan negara lain, termasuk Singapura terutamanya dalam dasar perumahan awam dan mampu milik.


Ia berdasarkan kejayaan Singapura dalam penyediaan perumahan awam dan sosial untuk 80 peratus rakyatnya yang layak serta memerlukan, tanpa mengira bangsa.


"Mengambil kira aspek pengurusan perumahan mampu milik Singapura, KPKT bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan daripada negara tersebut.


"Ia bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar Membangun Malaysia Madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan," menurut kenyataan tersebut.


Pada masa sama, KPKT turut memaklumkan, pihak kementerian bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari peluang insentif baharu dan memudahcara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan.


Ia bagi memberi ruang kepada pemaju perumahan swasta bergiat aktif untuk menyediakan perumahan mampu milik berkualiti dan selesa untuk rakyat pada masa akan datang.

"Melalui pembangunan dasar perumahan baharu dan perancangan lebih teratur, KPKT percaya sasaran untuk penyediaan 500 ribu rumah mampu milik menjelang tahun 2025 akan berjaya melalui kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri serta pemaju swasta," katanya kenyataan itu.


Menteri KPKT, Nga Kor Ming pada Selasa lalu berkata Malaysia mendapat persetujuan kerajaan Singapura untuk menghantar beberapa pakar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dijangka pada bulan depan.


Beliau juga menyatakan kesediaan untuk mempelajari daripada negara lain seperti Jepun dan China sebagai komitmennya untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page