top of page

Kaitkan PM dengan rasuah: Wan Saiful mohon maaf, tarik balik kenyataan



Ahli Parlimen Tasek Gelugor daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini memohon maaf atas tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.


Permohonan maaf itu dibuat selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memberi ruang kepada wakil rakyat pembangkang itu memberikan penjelasan sebelum satu usul oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikemukakan untuk menggantung Wan Saiful selama enam bulan kerana mendakwa Anwar sebagai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.


Wan Saiful dalam permohonan maaf itu mengakui bahawa kenyataan yang dibuat ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Feb lepas memang ditujukan kepada Anwar.


"Ayat itu memang saya tujukan kepada Tambun (Anwar)...saya menarik balik ayat tersebut, saya menarik balik kenyataan saya dan saya juga memohon maaf atas kenyataan tersebut.


"Saya dengan rendah diri juga kerana seperti dalam usul ada sebut mengenai Yang di-Pertuan Agong atas segala kekhilafan sekiranya menyentuh perihal Yang di-Pertuan Agong dan saya juga memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut dan saya harap ia boleh dipertimbangkan dengan baik," katanya.


Wan Saiful sebelum ini dalam sesi perbahasan ada menyebut perkataan korup dikaitkan dengan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun selain turut membabitkan Yang di-Pertuan Agong.


Johari kemudian memutuskan bahawa Wan Saiful telah memohon kemaafan dan menarik balik kenyataannya serta memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong.


"Itu saya terima dan menteri, anggap kita selesai masalah ini dan harap menteri menerima," ujarnya yang mahu kes itu ditutup bagi membolehkan semua wakil rakyat bergerak ke depan untuk membincangkan masalah rakyat dengan aman serta memberikan natijah lebih baik.


Terdahulu Ahmad Zahid bangun menarik balik usul yang dikemukakan dalam peraturan mesyuarat berkenaan tindakan terhadap Wan Saiful.


Wan Saiful kemudian turut merakamkan ucapan terima kasih atas keputusan pihak kerajaan menarik balik usul berkenaan sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bangun mengucapkan terima kasih selain menyifatkan rakyat nampak ahli parlimen bersikap bertanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page