Kaitan agenda Anwar dengan buka sidang Parlimen bankrap politik - Syukri Razab


Tindakan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mendakwa desakan untuk diadakan sidang Parlimen adalah bagi memenuhi agenda peribadi Anwar Ibrahim menunjukkan parti itu telah bankrap politik.


Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Ahmad Syukri Razab, kenyataan sedemikian menunjukkan situasi terdesaknya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang semakin hari semakin gagal.


Katanya, dalih itu lebih kepada menutup ketakutan PN mengadakan sidang Parlimen dan berlindung di sebalik alasan dangkal dan tidak logik.


"Desakan untuk sidang Parlimen diadakan segera bukan hanya dibuat oleh Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang, tetapi turut disuarakan oleh rakan koalisi Perikatan Nasional sendiri iaitu Umno.


"Malah Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga sudah dua kali bertitah agar sidang Parlimen segera diadakan.


"Agak menjengkelkan apabila Wan Saiful cuba membangkitkan isu desakan untuk diadakan sidang Parlimen ini sebagai usaha untuk mensabotaj kestabilan politik Kerajaan.


"Walhal rakyat Malaysia sudah cukup faham betapa darurat ini sedang ditunggang oleh PN bagi memanjangkan hayat politik mereka yang sememangnya tidak pernah stabil," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut Syukri, ketakutan membuka sidang juga menjadi petunjuk betapa Perdana Menteri sendiri tidak yakin sokongan yang beliau miliki.


Katanya, rakyat semakin tertanya-tanya adakah PM Mahiaddin benar-benar telah kehilangan sokongan sekutunya Umno, dan bukan hanya spekulasi semata-mata.


"Sangat ironi apabila Wan Saiful seolah-olah menyerahkan kepada Anwar Ibrahim untuk memastikan sidang Parlimen dapat berjalan dengan aman. Apakah beliau sendiri sudah tidak yakin dengan kemampuan Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri Malaysia?


"Adalah lebih baik Wan Saiful tidak menegakkan benang basah dan sama-sama mendesak agar sidang Parlimen diadakan bagi memboleh dasar-dasar yang melibatkan kepentingan rakyat dibahaskan," katanya lagi.


Semalam, Wan Saiful mendakwa keghairahan sesetengah pihak khususnya Anwar Ibrahim mendesak untuk sidang Parlimen disegerakan adalah bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER