Kaedah "bayar saman awal diskaun 50%" jimatkan poket rakyat
- Suara Keadilan

- Oct 23
- 2 min read

Oleh: Helmi Foad
Keputusan kerajaan mengguna pakai kadar baharu saman mulai tahun depan dengan menyelaraskannya antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disambut baik kerana ia dapat mengurangkan beban "poket" rakyat.
Aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, melalui kaedah baharu itu rakyat boleh menikmati diskaun hingga 50% setiap bulan tanpa perlu tunggu sebarang kempen pengurangan kadar saman.
"...tidak perlu dah kena tunggu sampai hujung tahun baru nak bayar sebab tunggu promosi dan diskaun daripada polis dan JPJ,
"Terima kasih Kerajaan Madani, pimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana cakna beban poket rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook.
Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam sidang akhbar mengumumkan kerajaan memberikan diskaun saman 50-70% hingga 31 Disember ini dalam usaha untuk mengutip kembali RM6.6 bilion tunggakan saman trafik dalam pelbagai kesalahan jalan raya.

Mulai tahun depan kerajaan perkenalkan kaedah "siapa bayar segera, dapat diskaun 50%".
"Sebiji macam beli tiket Air Asia, siapa beli awal dapat harga murah. Cuma kali ini, siapa bayar awal dapat murah, siapa bayar lambat cari penyakit," kata Hisyamuddin yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz.
Laporan media tempatan semalam memetik kedua-dua menteri itu berkata diskaun sehingga 70 peratus diberikan antara 1 November hingga 30 Disember ini sebagai galakan kepada rakyat untuk melunaskan saman sebelum pelaksanaan dasar baharu dengan tagline “lebih cepat bayar, lebih rendah dibayar” bermula pada 1 Januari 2026.
Bagaimanapun, kata Saifuddin kadar diskaun itu tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun seperti tiada insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan mempamerkan LKM palsu.
Melalui kadar baharu tahun depan tiada pengurangan akan ditawarkan untuk saman-saman yang tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.









Comments