top of page

Kadar upah dikurangkan: MOT tuntut penjelasan syarikat P-hailing

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 18, 2024
  • 1 min read

ree

Kementerian Pengangkutan (MOT) menuntut penjelasan daripada sebuah syarikat perkhidmatan p-panggilan selepas didakwa bertindak menurunkan kadar asas upah sehingga mencetuskan situasi tidak berpuas hati dalam kalangan 'rider'.


Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya menuntut penjelasan itu susulan sekumpulan penghantar makanan menyerahkan memorandum memohon bantuan dan campur tangan kerajaan menyelesaikan isu tersebut.


"Kita akan meminta Grab beri penjelasan," katanya dipetik.


Pada Jumaat sekumpulan penghantar makanan menyerahkan memorandum berkaitan penurunan kadar asas upah sejak sebulan lalu.


Wakil mereka, Mohd Adie Ali Nafiah mendakwa pengumuman syarikat terbabit menurunkan kadar sehingga RM1 disifatkan tidak berbaloi dengan masa, tenaga dan nyawa yang dipertaruhkan.


Difahamkan, sebelum ini kadar upah asas bagi dua kilometer (km) ke bawah adalah RM5, namun sejak sebulan lalu, syarikat menurunkan kadar terbabit kepada RM4 hingga RM4.50.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page