top of page

Kadar kematian pesakit Covid 19 telah divaksinasi hanya 0.01%



Kadar kematian pesakit Covid 19 yang telah divaksinasi mengikut rekod Kementerian Kesihatan amat rendah.


Ahli Parlimen Dr Lee Boon Chye (PH- Gopeng) bertanya kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin berapakah kematian direkodkan bagi pesakit yang telah menerima vaksin lengkap Covid 19.


"Setakat mana kadar kematian untuk mereka yang terima vaksin sepenuhnya?


"Soalan kedua, kadar kematian untuk mereka yang dapat Covid kali kedua, sebagai contoh dan juga di kalangan penduduk Malaysia berapa banyak telah ada antibodi Covid 19?


"Ada berapa kluster yang menunjukkan kadar kematian agak tinggi, khususnya kluster persiaran Agas di Tangkak. Adakah kajian khusus dibuat mengenai kematian mereka kerana varian yang luar biasa daripada yang ada sekarang," katanya.


Jawapan Menteri Kesihatan, dari kajian 14 juta populasi, kadar kematian bagi yang lengkap divaksinasi adalah 0.01 % dan kadar kemasukan ke ICU adalah 0.007%. Hal itu, menurut Khairy menunjukkan keberkesanan vaksin melawan virus Covid 19.


Katanya, kementerian mengakui terdapat kematian kepada yang telah menerima lengkap vaksin tetapi kadarnya amat rendah.


Berkaitan persoalan keadaan jangkitan Covid kepada pesakit yang telah mendapat dapat vaksin, jangkitan tidaklah begitu teruk.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page