
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kelmarin mengeluarkan kad prestasi tahunan beliau.
Dalam kad laporan itu tertera beberapa kejayaan dan tugas yang dilakukan oleh Ahli Parlimen dan Pusat Khidmat beliau sepanjang 2020 lalu.
Antaranya menganjurkan kelas Bahasa Inggeris percuma untuk 159 dewasa dan kanak-kanak, menyediakan tempat belajar dan internet percuma di Pusat Kerja bagi mahasiswa dan pelajar, Pelancaran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Taman Sri Sentosa, kelas mengaji Al Quran percuma untuk 112 dewasa, melawat 117 keluarga melalui Program Ziarah Kasih dan banyak lagi.
