Meskipun telah menjadi Pembangkang dan dihadkan peruntukan bantuan oleh Kerajaan Persekutuan, ahli-ahli parlimen (MP) KEADILAN menunjukkan prestasi yang baik dalam membantu rakyat mengharungi wabak Covid 19 dengan pemberian bantuan asas kehidupan.
Mulai hari ini media sosial KEADILAN, termasuk Facebook rasmi, twitter dan sebagainya menyiarkan senarai bantuan-bantuan yang diberikan oleh ahli parlimen KEADILAN kepada rakyat. Senarai ini akan dikemaskini sepanjang masa.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, KEADILAN berjanji akan terus berusaha meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini.
"Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil penuh cakna kesusahan rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Sehubungan dengan itu, Ahli-ahli Parlimen KEADILAN mengusahakan pelbagai bentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat.
"Insyallah KEADILAN akan terus berusaha menghulurkan bantuan untuk yang terkesan dan memastikan tiada rakyat yang terpinggir," kata kenyataan tersebut.
Kad laporan boleh diikuti di pautan media sosial rasmi parti: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3931356616907011&id=181209151921795 atau https://twitter.com/KEADILAN/status/1270650847010021376?s=09. Juga di akaun Facebook, Twitter dan Telegram Suara Keadilan.
Comments