top of page

Kabinet tidak bincang keperluan jelaskan keputusan Lembaga Pengampunan



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kabinet tidak pernah membincangkan tentang keperluan untuk Lembaga Pengampunan untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan pengurangkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya berpegang kepada penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin lalu.

"Lazimnya Lembaga Pengampunan tidak memberikan apa-apa kenyataan, belum pernah ada sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, secara peribadi beliau bersetuju dengan tulisan pakar Perlembagaan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa perbincangan dalam Lembaga Pengampunan berstatus rahsia.


"Saya boleh terima pandangan itu," katanya.


Fahmi berkata pihaknya menghormati sebarang pandangan mengenai desakan keperluan penjelasan diberikan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan.


Bagaimanapun, beliau menegaskan disiplin parti juga penting untuk dijaga.


Isnin lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan hukuman penjara ke atas Najib adalah suatu perkara muktamad yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong atas dasar ihsan.


Perdana Menteri mengakui bahawa memang tanggungjawab beliau membawa permohonan rayuan bekas Perdana Menteri itu ke Lembaga Pengampunan namun keputusan hanya dibuat oleh baginda.


Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Januari lalu memutuskan hukuman penjara ke atas Najib dikurangkan dari 12 tahun kepada enam tahun dengan tarikh pembebasan ditetapkan pada 23 Ogos 2028 manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page