top of page

Kabinet setuju proses pinda Akta Hasutan dimulakan



Jemaah Menteri telah bersetuju supaya proses pindaan Akta Hasutan dimulakan, kata Menteri Dalam Menteri.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui satu program podcast dipetik berkata, proses itu yang akan digerakkan dengan libat urus bersama pihak berkuasa polis bertujuan memastikan keharmonian negara dapat dipertahan.


"Saya baru saja dua minggu lepas diberikan ‘green light’ oleh Kabinet untuk memulakan proses ini. Diberitahu semua perkara.


"Tapi bukan ke arah untuk mengetatkan. Tapi ke arah bagaimana kita nak ‘invoke’ supaya keadaan di luar yang disebut sebagai fenomena 3R ini dapat kita kawal dengan menggunakan perundangan," katanya dipetik.


Saifuddin sebelumnya menjadi tetamu program bual bicara Keluar Sekejap dan ditanya sama ada Putrajaya berhasrat menyemak semula Akta Hasutan.


Pada Julai tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata Jemaah Menteri bersetuju menyemak Akta Hasutan bagi memastikan undang-undang itu digunakan terhadap mereka yang menghina institusi diraja.

Pengumuman Azalina dibuat susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pembangkang susulan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Sanusi Md Nor yang membuat kenyataan mengkritik terhadap Raja-Raja.


Sementara itu, Saifuddin pada bual bicara itu turut mengulangi pendirian Anwar yang menyatakan kerajaan tidak mahu menggunakan Akta Hasutan bagi tujuan politik.

"Bagaimanapun, perkara berkaitan agama dan monarki, inilah sahaja undang-undang yang kita ada," katanya.


Untuk rekod, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah kini berdepan dua pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page