Kabinet perlu arahkan SPRM siasat Azam Baki



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak terhadap dakwaan pemilikan hampir dua juta saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dalam sebuah syarikat awam.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa, arahan perlu dikeluarkan agar Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menjalankan siasatan berhubung dakwaan serius yang menyelubungi pegawai kanan SPRM berkenaan.


"Kabinet perlu campur tangan untuk menyelamatkan reputasi SPRM," katanya dipetik Malaysiakini.


Beliau mengulas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Edmund Terence Gomez yang meletak jawatan semalam kerana gagal mendesak satu mesyuarat dalaman dilakukan bagi membincangkan laporan yang membabitkan Azam.


Kata Sivarasa, insiden tersebut menunjukkan pencegahan rasuah bukan sekadar penubuhan badan pengawasan di bawah undang-undang dan berkata "kami telah menjalankan tugas kami, dan badan-badan ini akan memastikan integriti SPRM adalah utuh".


"Apa perkara asas ialah sama ada individu dalam badan pengawasan itu mempunyai integriti untuk melakukan tugas mereka.


"Dalam kes ini, terdapat kegagalan institusi yang besar. Ketua SPRM berdepan dakwaan serius yang membayangkan tingkah laku rasuah dan badan penyelia pula gagal bertindak.


"Mesej yang salah dihantar oleh SPRM sendiri, bahawa tingkah laku rasuah boleh diterima," kata Sivarasa.


Justeru, beliau yang juga ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Rakyat berkata, selepas ini Parlimen perlu memainkan peranan penting melalui jawatankuasa pilihan khas.


"Kami akan mempertimbang untuk merujuk perkara ini kepada jawatankuasa pilihan yang mempunyai pengawasan terhadap institusi," katanya.


Selain itu, belaiu juga mengulangi seruan agar pihak polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah laku itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER