top of page

Kabinet Malaysia ucap tahniah pelantikan PM Singapura baharu



Kabinet hari ini mengucapkan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


"Jemaah Menteri mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau yang akan mengangkat sumpah malam ini.


"Ini akan disusuli dengan ucapan tahniah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian," kata Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Mesyuarat Kabinet itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Selepas hampir dua dekad, Singapura bakal menyaksikan peristiwa bersejarah pada petang ini apabila republik itu melantik Perdana Menteri baharu.


Dalam peralihan kepimpinan yang lancar, Wong, 51, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri republik itu sejak tahun 2004.


Upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 8 malam ini.


Wong, seorang penjawat awam sebelum menceburi arena politik pada 2011, dilihat sebagai calon Perdana Menteri selepas dinamakan sebagai pemimpin pasukan generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada April 2022 selepas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berundur.


Penyerahan teraju pucuk pimpinan itu disahkan selepas kenyataan pada 15 April apabila Hsien Loong mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan pada 15 Mei.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page