top of page

Kabinet lebih inklusif, penjimatan kewangan telah ditunaikan - Lee Chean Chung



Pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri yang jauh lebih kecil daripada kabinet Tan Sri Mahiaddin Yassin atau Datuk Seri Ismalil Sabri Yaakob oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menjimatkan wang negara untuk lebih banyak dapat disalurkan kepada program bantuan rakyat.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, terdapat 3 kejayaan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam hal pelantikan Jemaah Menteri ketika ini.


"Pertamanya janji PM telah ditunaikan, iaitu mengurangkan saiz kabinet. Keduanya kurangkan gaji anggota kabinet. Ini juga berjaya. Ketiga nampak satu kabinet yang inklusif dari segi diversiti, bukan sahaja berbilang kaum tetapi merentasi wilayah, Sabah Sarawak ada cukup keseimbangan wanita dan lekaki, tua dan muda. Dari segi parti politik juga inklusif, kebanyakannya ada.


"Jadi saya nampak 3 kejayaan ini dalam 2 minggu. Kalau banding dengan kabinet sebelum ini memang mengambil masa lebih lama. Tetapi kali ini nampak telah dipercepatkan supaya pasukan baru boleh segera mulakan kerja," katanya.


Mengenai penjimatan yang diperoleh negara dalam pengecilan saiz kabinet, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata mungkin jumlahnya sekitar RM5 juta setahun termasuk faedah yang diperolahi anggota kabinet selain elaun.


"Saya buat kiraan kasar, saya rasa penjimatan itu berjuta ringgit. Kalau tidak silap RM4 hingga RM6 juta untuk satu tahun. Dikurangkan, katakah seorang menteri RM20,000 kalau 15 orang, maka setahun boleh mencecah RM5 juta," katanya lagi.


Kabinet Anwar dianggotai 55 Menteri dan Timbalan Menteri berbanding kabinet Mahiaddin sebanyak 75 orang termasuk 3 penasihat PM.


Begitu juga kabinet Ismail Sabri yang berjumlah 70 menteri dan timbalan.


Dari segi komposisi Menteri pula terdiri daripada 22 Melayu/Bumiputera, 5 Cina dan 1 India. Timbalan Menteri pula 10 Melayu/Bumiputera, 6 Cina dan 2 India.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page