Beberapa pemimpin KEADILAN memberikan reaksi awal berhubung pembentukan barisan Kabinet baharu.
Ketua AMK, Akmal Nasir jelas kecewa dengan muka-muka lama yang membarisi Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Malangnya muka-muka perikatan yang gagal sebelum ini dikitar semula.
Muka baru pula hanyalah seperti ‘tukang review’ mee kari diangkat jaga belia dan sukan!" katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyifatkan ia sekadar kerajaan Perikatan Nasional 2.0 (PN 2.0).
"Menteri gagal kembali berkuasa. Kerajaan Perikatan Nasional bertukar Kerajaan Perikatan Nasional 2.0. Ini #kabinet baru (lama)," katanya.
コメント