top of page

Kabinet kerajaan BN-PN: Kenapa lantik muka-muka gagal, tidak diyakini rakyat?


Sejurus selepas Perdana Menteri (PM) baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan anggota kabinetnya pagi tadi, rakyat membalas dengan pelbagai lelucon di media sosial melambangkan kekesalan mereka terhadap pelantikan muka-muka lama ke dalam pentadbiran baharu.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ismail tidak seharusnya melantik kabinet secara semberono memandangkan rakyat telah menolak kerajaan Perikatan Nasional dan tentunya menteri-menteri yang telah dianggap gagal menangani pandemik tidak lagi meraih kepercayaan rakyat.


"Pagi tadi Datuk Seri Ismail Sabri umumkan senarai anggota menteri dan timbalan menteri. Tentunya reaksi spontan di kalangan rakyat agak mengecewakan, menghampakan kerana ia hanya kitar semula seperti mana yang diwar-warkan di media sosial, secara gurauan. Kabinet baru, kabinet lama tetapi macam almari yang tiada perubahan.


"Negara menghadapi krisis akibat Covid 19 yang lebih meruncing, dan masalah ekonomi yang menekan rakyat serta golongan bawahan, tetapi langkah yang diambil itu hanya kitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini secara berkesan.


"Oleh yang demikian, sambutan itu sangat menghampakan. Apa yang kita harapkan sekarang ialah satu perubahan. Tetapi ini tidak berlaku. PM berikan tempoh 100 hari untuk menteri tunjukkan prestasi. Satu setengah tahun yang lalu, (kita lihat) tidak ada kemajuan yang membanggakan," katanya dalam satu siaran media, petang ini.


Bagi Pengerusi Pakatan Harapan itu, pelantikan kabinet yang mengecewakan rakyat serta pelabur dan komuniti perniagaan ini akan sukar untuk memulihkan ekonomi.


Sehubungan itu, kata Anwar, pembangkang akan terus mengkritik prestasi kerajaan BN-Perikatan Nasional sekiranya tiada kemajuan polisi dan pentadbiran yang dibawa mereka.


"Jadi kami sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau, menyuarakan dan membantah sekiranya tidak ada program pelaksanaan yang mantap dan berkesan menangani masalah Covid 19 dan membawa perubahan terhadap kehidupan rkayat.


"Tetapi yang saya kira agak nyata ialah, ia (kabinet) tidak mampu menyuntik semangat baru dan keyakinan kepada pelabur dalam negara serta luar negara," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page