top of page

Juwairiya tidak gentar lawan Azmin di Hulu Kelang



Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Juwairiah Zulkifli mempertaruhkan rekod prestasi khidmatnya di DUN Bukit Melawati sebelum ini sebagai asas untuk menumbangkang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohamed Azmin Ali.


Dipindahkan ke Hulu Kelang dalam masa singkat kerana pertukaran kerusi antara KEADILAN dengan Amanah, Juwairiah yakin ada sebab kukuh untuk pucuk pimpinan mempertaruhkannya di kerusi berkenaan.


"Saya anggap ini cabaran baru untuk saya, pencapaian saya jadi keyakinan parti untuk bawa saya di tempat yang lebih mencabar.


"Untuk membuktikan khidmat calon Harapan (PH) yang boleh bekerja. Saya tak gentar, walaupun orang kata lawan bekas bos sendiri," katanya.


Sebagai rekod, Juwairiah dianggap anak didik Mohamed Azmin yang pernah menjadi Timbalan Presiden KEADILAN sebelum mengkhianati mandat pengundi melalui plot 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan pentadbiran persekutuan bertukar secara mengejut.


Pada PRU14, kerusi DUN Hulu Kelang dimenangi Saari Sungib dari Amanah yang mewakili PH.


Saari memperoleh majoriti 15,349 undi selepas meraih 25, 746 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Ahmad (10,397 undi) dan calon Pas, Farhan Kamalul Hysham (7,573 undi).


Berdasarkan keputusan lalu, jika sokongan pengundi PH dan BN digabungkan, peluang Juwairiya menguasai sokongan pengundi Hulu Kelang dilihat lebih cerah berbanding Azmin


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page