top of page

Jurulatih tampar murid: Jabatan Pendidikan Negeri boleh ambil tindakan



Jabatan Pendidikan Negeri boleh mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku pada masa hadapan insiden jurulatih menampar atau mengasari pemain dalam perlawanan sukan melibatkan sekolah.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam sidang media bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, tengah hari tadi.


"Selaras Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Jabatan Pendidikan Negeri boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan tindakan tidak wajar, melanggar peraturan atau melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian oleh masyarakat melalui aspek keselamatan yang diterapkan oleh warga guru terhadap murid," katanya.


Hal itu selepas jurulatih yang terlibat dalam insiden menampar murid dalam perlawanan bola tampar baru baru ini diambil tindakan dengan membatalkan lesen jurulatih terbabit.


Menurut Fadhlina lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melakukan siasatan rapi berhubung perkara itu melibatkan semua pihak yang berkaitan termasuklah jurulatih, murid, rakan sepasukan, guru, pengurus pasukan, saksi kejadian serta ibu bapa pemain yang terlibat.


"KPM telah meneliti secara terperinci hasil laporan siasatan tersebut daripada pelbagai sudut, khususnya yang melibatkan etika serta imej profesion perguruan.


"Guru merupakan penjawat awam dan tertakluk kepada Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


"KPM amat prihatin serta cakna terhadap aspek keselamatan dan kebajikan murid semasa di sekolah mahu pun ketika mengikuti aktiviti ko-kurikulum di luar," katanya.


Menurut Fadhlina lagi, pihak kementerian komited dan akan memastikan keselamatan serta kebajikan murid menjadi keutamaan yang memerlukan semua pihak mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal

daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page