top of page

Junjung kasih keputusan Agong, tangani situasi Covid 19 bersama - Anwar


Gabungan pembangkang menjunjung kasih di atas keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semalam atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baharu.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan tersebut telah dibuat berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan yang mengutamakan sokongan majoriti.


"Dengan penuh takzimnya saya mewakili Pembangkang keseluruhannya menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.


"Kami mengambil maklum keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ahli Parlimen Port Dickson itu sebaliknya mengingatkan agar PH bekerja lebih kuat menuju Pilihan Raya Umum ke 15 yang akan diadakan dalam 18 bulan atau lebih daripada sekarang untuk mengembalikan mandat rakyat yang dirampas pada Mac 2020 lalu.


"Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih bagi menghadapi PRU-15


"Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu dan bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada PRU yang lalu," katanya.


Kepada bakal PM, Anwar mengingatkan pesan Yang di-Pertuan Agong agar mengikutsertakan pembangkang di dalam perang melawan Covid 19 demi rakyat.


"Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page