top of page

Junjung kasih Al-Sultan Abdullah, raikan pemerintahan Sultan Ibrahim



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan senada dengan rakyat memanjat kesyukuran serta menjunjung kasih atas pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Perdana Menteri berkata pandangan jauh dan berwawasan yang dizahirkan oleh baginda menerusi peranan Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti dinikmati hari ini.


"Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim," katanya dalam kenyataan hari ini.


Anwar berkata kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik dan telus.


Selain itu, baginda juga mahu ekonomi negara dipacu agar lebih mampan dan memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.


"Ini juga merupakan hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa depan yang lebih baik untuk semua," katanya.


*Foto kredit: Foto rasmi YDPA


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page