top of page

Jumlah kes harian Covid-19 tidak lagi relevan


Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menyifatkan jumlah kes harian Covid-19 tidak lagi relevan kerana vaksin ternyata tidak mampu menghapuskan pandemik dalam tempoh terdekat serta melandaikan kes dengan mendadak.


Sebaliknya, beliau berkata, kaedah pelaporan harian Covid-19 perlu berpandukan kepada kadar kematian dan kes kategori 3 hingga 5 selepas negara mencapai kadar vaksinasi dewasa melebihi 90 peratus.


“Apabila kadar vaksinasi dalam kalangan dewasa melebihi 90 peratus, jumlah kes kategori 3, 4 dan 5 serta kematian akan menurun walaupun jumlah kes baharu masih tinggi.


“Ketika itu data yang menjadi keutamaan adalah kadar kematian dan kadar kes kategori 3, 4 dan 5, bukan lagi jumlah kes harian,” katanya.


Selain itu, Dr Lee berkata, kelonggaran merentas negeri perlu dilaksanakan secara berperingkat dengan memantau projek gelembung pelancongan Pulau Langkawi terlebih dahulu.


“Kementerian Kesihatan seharusnya memantau kesihatan semua pengunjung ke Langkawi untuk mengenal pasti gelembung pelancongan yang bermula 16 September itu tidak membawa kepada kluster baharu,” katanya.


Dr Lee juga mencadangkan supaya hanya membenarkan pelancong yang lengkap divaksin dari negara yang tidak mempunyai varian baharu seperti Mu dan R1 yang dikesan di Amerika Syarikat dan Jepun.


“Akan tetapi pengiktirafan sijil vaksinasi perlu diuruskan melalui mekanisme kerajaan ke kerajaan, melalui Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan untuk mengelakkan masalah sijil palsu,” katanya.


Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga perlu memperluaskan fungsi aplikasi MySejahtera kepada pelancong asing bagi memantau pergerakan mereka sepanjang berada di negara ini.


“Kita perlu mengambil maklum bahawa kita tidak dapat hapuskan Covid-19 pada masa terdekat dengan vaksin sedia ada, maka terpaksalah kita mengurus kehidupan seterusnya bersama Covid-19,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page