Jumlah dos vaksin Covid 19 berbeza, kerajaan PN perlu jawab segera


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu segera menjawab dakwaan dua individu berbeza yang menerima vaksin Covid 19 dengan jumlah dos yang lebih kecil.


Menurut Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin, video yang tular di internet mendakwa perkara berkenaan tidak boleh didiamkan sahaja oleh pemerintah kerana akan mengganggu keyakinan umum terhadap program vaksinasi Covid 19 kebangsaan.


"Hal ini menimbulkan satu kebimbangan besar.


"Kerajaan PN khususnya menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin harus segera respons dan bertindak terhadap isu ini. Jangan diikut sangat kelembapan Perdana Menteri dalam membuat keputusan. Kita menggesa agar menteri kabinet yang bergaji puluhan ribu ini buat kerja dengan cepat bagi mengelakkan pelbagai persepsi awam timbul.


"Namun jika benarlah seperti dakwaan pemilik akaun twitter berkenaan, bahawa beliau diarahkan semula untuk menerima baki dos yang sepatutnya diambil maka perkara ini tersangat aneh dan tidak boleh diterima akal.


"Sudahlah program vaksinasi telah sedia lembab apabila kementerian mahu memonopoli hampir semua urusan jual beli vaksin. Tidakkah kegagalan-kegagalan seperti ini memanjangkan lagi tempoh imuniti kelompok (herd immunity) yang disasarkan awalnya?" tanya Shazni dalam satu kenyataan.


Bagi Ketua Pemuda Amanah itu, sekiranya kerajaan PN tidak mahu menjawab secara rasmi, pihak berkuasa kesihatan Malaysia bertanggungjawab untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.


Tanpa jawaban yang meyakinkan, katanya, tindakbalas umum terhadap pemberian vaksin oleh kerajaan akan terjejas.


"Kami berpandangan jika menteri terus membisu, pihak Kementerian Kesihatan wajar mengeluarkan justifikasi jelas berhubung perkara ini. Isu ini besar dan memberikan impak terhadap keberkesanan vaksin yang telah diberi.


"Jika dos yang diberikan kurang daripada sepatutnya, maka peratusan untuk penerima vaksin dijangkiti Covid-19 masih lagi tinggi. Hal ini akan memberi satu imej yang buruk kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER