top of page

Jualan Rahmah peringkat DUN dua kali sebulan mulai Ogos



Program Jualan Rahmah yang diperkenal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mula dilaksana dua kali sebulan di 640 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara bermula bulan ini.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Rahmah Peringkat Negeri Kelantan, di Kota Bahru pada Jumaat berkata, peluasan program itu susulan peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.


"Sebelum ini Jualan Rahmah dilaksanakan dua kali sebulan di peringkat Parlimen dan sekali sebulan di peringkat DUN. Dengan penambahan bajet ini, kita akan tingkatkan jualan dua kali sebulan di peringkat DUN.


"Peruntukan tambahan ini adalah keperihatinan Perdana Menteri untuk pastikan jualan rahmah terutama model jualan bergerak kedai cari rakyat sampai ke semua pelosok kawasan terutama kawasan B40 dan program perumahan rakyat termiskin (PPRT)," katanya dipetik.


Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga hari ini sejumlah 1,193 lokasi terlibat dengan Jualan Rahmah di seluruh negara dengan rekod jualan RM50 juta.


Fuziah berkata, KPDN menggalakkan lebih ramai pemain industri sama ada pasar raya, pemborong dan peruncit supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.


"Bagi Kelantan kita telah menjalin kerjasama dengan 15 syarikat perniagaan bagi tujuan Jualan Rahmah. KPDN menerima sambutan amat menggalakan daripada pemain industri termasuk penyertaan restoran makanan segera popular yang menyediakan Menu Rahmah bagi memberi peluang golongan B40 menikmati menu mereka," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page