top of page

Jualan Rahmah Mega Karnival Hari Malaysia semarakkan Pantai Sepat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 20
  • 1 min read
Datuk Dr Fuziah (tiga dari kiri) merasmikan Jualan Rahmah Mega Karnival Hari Malaysia 2025
Datuk Dr Fuziah (tiga dari kiri) merasmikan Jualan Rahmah Mega Karnival Hari Malaysia 2025

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025 baru baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Jualan Rahmah Mega Karnival Hari Malaysia di Pantai Sepat, Kuantan.


Program dua hari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPDN, Senator Dr Fuziah Salleh, yang turut memaklumkan bahawa Kampung Sepat telah dijadikan Kampung Angkat Madani di bawah inisiatif Kerajaan Madani dengan fokus kepada pembangunan agro pelancongan (agrotourism).


"Ini termasuk membangun semula penanaman padi yang melibatkan sekitar 88 orang pengusaha sawah padi di kampung ini.


"Kawasan pantai yang panjang dan landai di kampung ini pula sudah pasti menjadi pusat pelancongan yang sangat menarik di daerah Kuantan," jelasnya dalam ucapan perasmian.


Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat turut menegaskan komitmen kerajaan melalui Jualan Rahmah Bergerak dengan peruntukan sebanyak RM600 juta setiap tahun.

Ketua keluarga menerima sumbangan wakalah berjumlah RM250 setiap seorang serta bakul makanan Rahmah
Ketua keluarga menerima sumbangan wakalah berjumlah RM250 setiap seorang serta bakul makanan Rahmah

Sempena program tersebut, seramai 127 ketua keluarga di Kampung Sepat menerima sumbangan wakalah berjumlah RM250 setiap seorang serta bakul makanan Rahmah bernilai RM100.


Selain jualan barangan Rahmah, pelbagai aktiviti melibatkan agensi kerajaan turut disediakan untuk para pengunjung karnival.


Turut hadir pada majlis perasmian ialah ADUN Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan, Ahli Majlis Bandaraya Kuantan merangkap Ketua KEADILAN Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Zaiton Mat, Penghulu Mukim Penor, Ismail Ramli, pegawai kanan agensi kerajaan serta pimpinan masyarakat setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page