top of page

Jualan Rahmah di DUN Gurun dapat sambutan hangat

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 21, 2023
1 min read


Jualan Rahmah yang dianjurkan di Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun pada petang semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.


Menurut Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar atas, dua dari kiri), penduduk tempatan tertunggu tunggu lori Rahmah mengunjungi kawasan mereka sejak tengah hari dan segera membeli barangan keperluan sebaik sahaja lori berkenaan tiba.


"Sambutan daripada orang ramai, khususnya penduduk sekitar kawasan amat memberangsangkan.


"Ramai yang datang lebih awal kerana tidak mahu ketinggalan mendapatkan barangan keperluan makanan yang dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran, potongan antara 15 - 30 %.


"Terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup di atas inisiatif yang cukup baik ini.


"Ianya bertepatan dengan konsep 'Malaysia Madani' yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Firdaus turut mengucapkan syabas kepada para petugas dan sukarelawan DUN Gurun yang turut membantu bagi melancarkan perjalanan program semalam.



Penduduk tempatan mendapat peluang membeli barangan dengan harga diskaun

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page