Jualan gas Hari Merdeka: 350 tong RM10 untuk warga Felda Palong Timur
- Suara Keadilan

- Sep 7
- 1 min read

Sempena sambutan Hari Kebangsaan baru baru ini, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran melaksanakan Jualan Subsidi Gas Siri Keempat yang kali ini berlangsung di Felda Palong Timur.
Sebanyak 350 tong gas bersubsidi ditawarkan kepada penduduk dengan bayaran hanya RM10 setiap tong, manakala baki kos lebih RM16 ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Parlimen berkenaan.
"Program ini merupakan siri keempat yang saya usahakan sepanjang tahun, selepas ia dilaksanakan bersempena Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha di pelbagai kawasan dalam Parlimen Segamat," kata Yuneswaran dalam muat naik di Facebook.
Program tersebut, katanya, menggunakan kaedah pandu lalu bagi memudahkan penduduk menukar tong gas lama dengan yang baharu.
Penerima manfaat menerima kupon khas yang diagihkan lebih awal.

Lebih istimewa acara itu, kata beliau, turut disertai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang membuka kaunter khidmat masyarakat, antaranya Jabatan Khidmat Masyarakat Daerah Segamat, Pejabat Kesihatan Daerah, PERKESO, APM dan Hospital Swasta SENA.
"Saya percaya semangat kebersamaan inilah yang mencerminkan makna sebenar kemerdekaan, kita raikan bersama dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat," kata beliau lagi.









Comments