top of page

JPRN Selangor terus bantu kemenangan calon PH di PRN Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

JPRN Selangor di bawah Dr Sathia bermesyuarat menentukan strategi dan gerak kerja membantu jentera PH
JPRN Selangor di bawah Dr Sathia bermesyuarat menentukan strategi dan gerak kerja membantu jentera PH

Oleh: Azuan Ab Rahman


Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor menegaskan komitmen untuk terus membantu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan menggerakkan jentera secara tersusun dan berfokus di beberapa kawasan utama.


Pengarahnya, Dr Sathia Prakash Nadarajan pada Sabtu telah mempengerusikan mesyuarat persiapan terakhir bersama pasukan yang akan membantu menyelaras kempen di DUN Sindumin.


"Mesyuarat memfokuskan kepada penyelarasan tugasan, penetapan strategi, serta pembahagian peranan jentera bagi memastikan pasukan Selangor dapat membantu gerak kerja kempen dengan lebih efektif.


"Semoga perjalanan seluruh pasukan dipermudahkan dan dikurniakan keselamatan sepanjang bertugas. Terus kuat, terus fokus," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Pasukan JPRN Selangor berada di Sabah sejak akhir Oktober lalu sebagai sebahagian usaha memantapkan gerak kerja PRN Sabah ke-17.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tempoh 14 hari untuk berkempen dengan 25 November sebagai hari pengundian awal dan 29 November sebagai hari mengundi.


Sementara itu, JPRN Selangor menerusi hantaran lain memaklumkan kehadiran mereka memberikan sokongan kepada beberapa calon PH pada proses penamaan calon yang diadakan semalam antaranya di DUN Inanam, Api-Api dan Sindumin.


"Semoga segala urusan dipermudahkan dan kemenangan berpihak kepada kita," menurut hantaran itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page