top of page

JPP umum lokasi pengundian semula Pemilihan KEADILAN 2022 Jumaat, Sabtu

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 26, 2022
1 min read


Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini mengumumkan pusat pusat mengundi bagi 12 Cabang yang melakukan undian semula.


Menurut Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, cabang cabang tersebut terpaksa melakukan pengundian semula pada Jumaat dan Sabtu ini kerana pengundian sebelumnya dibatalkan atas beberapa sebab.


Bagi negeri Kelantan yang mengundi pada hari Jumaat, 27 Mei, 6 cabang terlibat.


Cabang Tumpat mengundi di Dewan Sinaran Resort, Jubakar Pantai; Cabang Ketereh di Dewan Futsal Kedai Ketereh; Cabang Bachok di Irama Inn, Pantai Irama; Cabang Pengkalan Chepa di Dewan Harmoni, Kg Tapang, Kota Bharu; Cabang Gua Musang di Dewan Komuniti Paloh 3 dan Cabang Tanah Merah di Putera Valley Resort.


Manakala negeri yang mengundi pada Sabtu 28 Mei ialah Terengganu, iaitu Cabang Dungun pusat mengundi di Teluk Lipat Seaview Inn, Dungun; Cabang Marang di Dewan Koperasi Desa Kg Alor Limbat dan Cabang Kemaman di Dewan Komuniti Cina Kemaman, Kampung Jakar, Cukai


Sementara itu Selangor, Kedah dan Sabah juga mengadakan pengundian semula pada Sabtu.


Di Kedah Cabang Padang Serai pusat mengundi di Dewan Besar Persatuan Sri Karumariamman, Lunas; Hulu Selangor di Dewan Orang Ramai, Hulu Bernam, Tanjong Malim dan Cabang Pensiangan, Sabah di Rumah Panjang Kampung Malampoi Nabawan dan Homestay Garden Keningau.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page