
Keputusan rasmi Pemilihan KEADILAN 2022 bagi Majlis Pimpinan Pusat dan peringkat Cabang dikeluarkan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu diumum secara rasmi selepas pihak JPP berpuas hati dengan hasil forensik audit yang dilakukan ke atas sistem yang digunakan untuk pemilihan.
"Setelah menerima laporan audit dari Pakar Digital, Jawatankuasa Pemilihan Pusat telah meneliti laporan tersebut dan menerimanya berdasarkan kepada bukti berasas menerusi analisa digital.
"Dapatan Audit mendedahkan terdapat percubaan-percubaan untuk menggodam keputusan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun perkara-perkara tersebut telah dikenal pasti dan Pakar Audit telahpun memberi cadangan untuk mengemaskini rekod pengundian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, sehubungan itu proses pemutihan ke atas undian juga dilakukan memastikan undi benar benar bersih.
"Proses pemutihan telah pun dilaksanakan berdasarkan keputusan analisa digital tersebut.
"Namun ianya tidak menjejaskan keputusan kemenangan sebahagian besar calon-calon baik di peringkat pusat mahupun di peringkat cabang," katanya
Menurut Dr Zaliha lagi, keputusan rasmi pemilihan tersebut boleh diakses secara bebas dengan melayari laman web di pautan https:\\pemilihankeadilan2022.com
Comentários