top of page

JPKK kawasan MB T'ganu dapat peruntukan, tuduh lagi PMX zalim?



Penyokong Pas-PN di Terengganu sering menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kononnya zalim kerana menyekat peruntukan kepada negeri ditadbir Pas.


Namun apa yang berlaku baru baru ini dalam program Madani Rakyat di Kuantan Pahang merupakan suatu kebalikan daripada dakwaan penyokong Pas.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Terengganu, Amira Alias, kemurahan PMX dalam majlis itu menyampaikan peruntukan kepada JPKK Kampung Rhu Muda, dalam kawasan DUN Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menolak segala tohmahan yang dilontarkan selama ini.


"Heboh di media sosial menyerang kerajaan Madani dan PMX menyekat segala bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu tadbiran PN. Dikatakan zalim kerana royalti petroleum sebanyak RM1 bilion belum dilunaskan kepada Kerajaan Negeri


"Dengan tidak disangka-sangka di program perasmian Madani Rakyat di Kuantan Pahang, JPKK Kg Rhu Muda di bawah DUN Rhu Rendang, kawasan Menteri Besar Terengganu yang sungguh-sungguh dicanang sebagai penganti PMX, mendapat peruntukan sebanyak RM98,605.


"Maka gegak gempitalah di laman Facebook Speaker DUN Terengganu mengucapkan terima kasih kepada PMX dan kerajaan Madani atas pemberian peruntukan ini


"Persoalannya adakah PMX zalim kerana memberikan peruntukkan ini? Lebih-lebih lagi kepada kawasan MB Terengganu yang disayangi itu," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, Amira menasihatkan para penyokong Pas-PN Terengganu agar berpada pada dalam mengkritik lawan politik.


Katanya, penyokong PN wajar mencermin diri dan membandingkan peribadi mereka dan PMX yang tidak pernah berdendam kesumat biar pun dicerca dan dimaki setiap hari oleh musuh politiknya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page