top of page

JPJ sahkan video tular pegawai laksana operasi penyamaran



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan tiga anggota penguatkuasanya yang tular dalam satu video baru-baru ini sebenarnya sedang menjalankan operasi khas sempena Aidilfitri melalui kaedah penyamaran.


Jabatan itu dalam kenyataan hari ini mengesahkan ketiga-tiga individu yang tidak memakai uniform ketika operasi itu merupakan pegawai penguatkuasanya yang melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidil Fitri (HRA) 2024 bermula pada 1 hingga 20 April 2024.


"Sepanjang operasi, JPJ menggunakan pelbagai kaedah termasuk melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, pemeriksaan pemandu bas di terminal-terminal, pemantauan di lokasi sering berlaku kemalangan termasuk menggunakan dron, menyamar sebagai penumpang bas ekspres dan penyamaran dengan kenderaan tanpa lambang jabatan," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu berkata, tindakan juga dibuat berdasarkan aduan serta maklumat daripada orang ramai melalui sistem eAduan dalam aplikasi MyJPJ.


"Menerusi video viral tersebut, tiga orang anggota penguat kuasa JPJ tanpa uniform atau vest sedang melakukan pemeriksaan dan menahan sebuah bas penumpang ketika operasi khas pada pukul 12 tengah hari, 16 April lalu di Lebuh Raya PLUS menghala ke arah utara Nilai, Negeri Sembilan menggunakan kaedah penyamaran.


"Pegawai penguat kuasa JPJ dibolehkan tidak memakai uniform atau vest bagi tujuan penyamaran ketika melakukan operasi," ujarnya.


Bagaimanapun, pegawai penguat kuasa perlu mengemukakan kad kuasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sekiranya diminta berbuat demikian, katanya.


Ia selaras dengan Seksyen 123 (1) dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes tersebut sedang dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Semua pihak dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan penuh," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page