top of page

Jom Turun Bagan Datuk kempen tumbangkan Zahid



Banjir yang mula melanda banyak kawasan di Semenanjung Malaysia menimbulkan kegeraman rakyat kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang memaksakan Pilihan Raya Umum ke 15 pada musim tengkujuh.


Bagi calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tibalah waktunya aktivis, anak muda dan pencinta keadilan turun gelanggan kempen berhabis habisan pada Sabtu dan Ahad ini di kerusi yang ditandingi Zahid.


"Saya percaya, ramai yang marah dan geram dengan rasuah dan ketidakadilan.


"Jadi dengan ini saya menjemput anda semua hingga Ahad ini kita lepaskan kegeraman di Bagan Datuk. Kita jelajah bersama HARAPAN di setiap pelusuk kampung dan pastikan individu bernama Ahmad Zahid Hamidi, Barisan Nasional serta Perikatan Nasional kalah


"Kita akan saksikan perubahan yang besar rakyat Bagan Datuk mencipta sejarah pada 19 November ini. Jangan lupa, kepada yang geram, Jom Turun Bagan Datuk," katanya.


Untuk rekod, Shamsul yang dikenali sebagai giant killer di Melaka itu berpeluang memintas Zahid pada PRU kalu ini kerana presiden Umno tersebut hanya menang majoriti sebanyak 5,073 undi pada PRU 14 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page