Jokowi mahu ASEAN hormati prinsip demokrasi, Malaysia tiada lagi prinsip itu


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo berkenaan prinsip demokrasi di negara ASEAN baru-baru ini adalah sesuatu yang sudah tidak dihormati oleh Malaysia sendiri.


Beliau berkata, kerajaan ketika ini sudah tidak lagi menghormati prinsip-prinsip piagam ASEAN seperti prinsip demokrasi, prinsip berperlembagaan dan mematuhi kuasa undang-undang.


"Pak Jokowi ketika menjadi hos kunjungan kerajaan Malaysia menyebut: Untuk mewujudkan visi komunitas ASEAN, penting bagi semua negara anggota untuk terus menghormati prinsip-prinsip piagam ASEAN terutama prinsip rule of law, good governance, demokrasi, hak asasi manusia, dan pemerintahan yang konstitusional," katanya.


Sebaliknya, Saifuddin menganggap prinsip-prinsip itu tidak lagi dipegang oleh kerajaan, malah proklamasi darurat yang diisytiharkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meyakinkan lagi orang ramai bahawa prinsip-prinsip yang dikatakan oleh Jokowi tidak lagi dihormati.


"Saat di Malaysia terbentuk kerajaan tidak melalui undi rakyat sebaliknya rampasan kuasa dan diisytihar sebagai negara darurat maka tiadalah lagi semua prinsip yang dinyatakan pak jokowi, rule of law, demokrasi dan pemerintahan konstitusional," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER