Johor perlu bersiap sedia kemungkinan banjir di kawasan tertentu -ABIM Johor



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor menggesakan Kerajaan Negeri agar bersiap sedia dalam musim tengkujuh kali ini sekiranya menerima tempias tiupan angin monsun timur laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung.


Menurut Yang Dipertua ABIM Johor, Farhan Ashari, pengalaman negeri Selangor dan Pahang menghadapi banjir besar baru baru ini perlu dijadikan iktibar.


"ABIM Negeri Johor mahu pihak Kerajaan Negeri membuat persiapan sebagai langkah berjaga jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


"Mengimbau kembali banjir kilat yang berlaku pada Bulan September 2021 lalu, telah mengakibatkan 3 pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Johor Bahru dan Pontian dibuka," katanya.

Farhan Ashari

Sehubungan itu, tegas Farhan, ABIM Johor mencadangkan Kerajaan Negeri membuat persiapan rapi termasuk membuka talian hotline 24 jam untuk seluruh rakyat Negeri Johor jika berlaku situasi kecemasan.


"Kerajaan Negeri juga perlu bersedia pada bila bila masa membuka bilik gerakan bencana di setiap daerah yang terkesan dengan menempatkan petugas atau sukarelawan.


"Menyediakan ruang komunikasi dan penyampaian maklumat kepada seluruh agensi dan NGO bagi koordinasi pergerakan dalam tempoh terdekat jika bencana berlaku


"Serta memperuntukkan dana khas bencana kepada setiap daerah yang terkesan," katanya.


Beliau juga berpendapat kerajaan perlu menangani fenomena perubahan iklim dan melantik pakar untuk mengkaji sistem perancangan bandar dan kampung serta saliran air yang bermasalah.


"Semua saranan dan idea ini dilontarkan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Johor Darul Takzim dalam memastikan keselamatan serta keamanan bersama. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan pihak pihak yang berkenaan," katanya lagi.


ABIM Johor menurut Farhan, turut menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana telah mengarahkan semua agensi kerajaan memantau situasi semasa, agar bersedia menghadapi segala kemungkinan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER