top of page

Johor dilanda banjir, wakil rakyat KEADILAN gerakkan bantuan



Sebahagian Johor mula dilanda banjir malam tadi akibat hujan lebat hampir 24 jam.


Menurut Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon (gambar, berkemeja biru cair), beberapa kawasan di Parlimen beliau telah dinaikki air dan bantuan sedang digerakkan untuk membantu mangsa.


"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada lebih kurang 200 orang dewasa dan kanak-kanak telah ditempatkan di pusat pemindahan Kampung Cahaya Baru.


"Saya ucapkan terima kasih kepada penghulu, ketua kampung, JKM, Bomba dan klinik kesihatan yang bekerja keras untuk memastikan semua selamat, mendapat bantuan keperluan," katanya.


Menurut Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Pusat itu lagi, sejak malam tadi beliau telah menghantar makanan ke kawasan pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Dewan Serbaguna Sungai Tiram, Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Sekolah Menengah Taman Pasir Putih, Balairaya Kampung Maju Jaya, Balairaya Kampung Sinaran Baru dan Dewan Sebaguna Kampung Baru Pandan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page