top of page

Johor bakal muncul negeri termaju - PM Anwar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis Johor mampu menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.


Hal itu susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi negara menjadi lebih pesat.


"Dua zon ekonomi dan kewangan khas ini akan memacu perkembangan ekonomi negara menjadi lebih pesat.


"Apa sasarannya, itu tak penting. Namun, paling penting ialah kemudahan ini (dua zon ekonomi serta kewangan khas) akan membantu, dan Johor dijangka lebih pesat daripada beberapa negeri lain dalam tempoh setahun dua ini," katanya dalam satu sidang media di Johor Bahru pada Khamis.


Anwar sebelumnya mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor di Iskandar Puteri sebelum ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Baharu.


Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Sementara itu, Anwar ketika berucap pada majlis jamuan pula berkata, kewujudan dua zon ekonomi dan kewangan khas itu menjadi petanda Johor akan mencatat pertumbuhan sangat pesat, tidak lama lagi.


"Tahun kebelakangan ini adalah tahun hebat buat Johor... bukan saja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang juga Agong ke-17 adalah dari negeri ini, malah ia diterajui pemimpin muda yang berjaya membangunkan Johor sehingga pembangunan ekonomi antara yang terbaik di Malaysia," tambahnya.


Pada 25 Ogos tahun lalu Forest City - projek mega pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan di perairan Johor berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas - diumumkan sebagai Zon Kewangan Khas.


Status kawasan pembangunan berkeluasan lebih 2832.79 hektar itu diumumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan, bagi meningkatkan pelaburan asing, sekali gus merancakkan pembangunan ekonomi kawasan terbabit.


Manakala pada 11 Januari lalu, Anwar dan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong, menyaksikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahamam (MoU) JS-SEZ antara Malaysia dengan Singapura.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mencetuskan idea penubuhan zon tersebut menandatangani MoU bagi pihak kerajaan Malaysia, manakala Singapura diwakili Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page