top of page

Johari mahu pastikan kahadiran Ahli Parlimen meningkat



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak menolak kemungkinan nama Ahli Parlimen yang didapati sengaja 'ponteng' persidangan dewan akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat.


Ditemui pemberita di George Town Pulau Pinang, Johari berkata cadangan itu antara beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat.


Walau bagaimanapun jelasnya, cadangan itu akan dibincangkan dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan.


"Saya akan bincang perkara ini kerana saya tidak boleh terus berikan arahan. Selepas perbincangan akan putuskan bila akan mula.


"Seeloknya kita mulakan (paparkan nama di laman web) secepat mungkin, mungkin pada persidangan yang akan datang, ini antara penambahbaikkan yang kita akan buat kerana ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka, bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri," katanya dipetik.


Johari, sementara itu menjelaskan beliau masih menyifatkan gejala ponteng sidang Dewan Rakyat dalam kalangan Ahli Parlimen tidak serius kerana mereka masih menghadiri persidangan kecuali mempunyai tugas di luar ketika sidang berlangsung.

"Mana-mana Ahli Parlimen yang tidak hadir bersebab mereka boleh terus maklumkan kepada Speaker bertugas, sekurang-kurangnya kita tidak akan menganggap mereka ponteng sidang Dewan Rakyat," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page