Johari bidas sikap Ahli Parlimen ‘berbunyi bising’ tetapi kerap ponteng
- Suara Keadilan

- Jul 17
- 1 min read

Speaker Dewan Rakyat menegur sikap segelintir Ahli Parlimen yang mengabaikan tanggungjawab hakiki untuk hadir ke sidang Parlimen Dewan Rakyat, namun lantang bersuara di luar.
Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul (gambar) berkata, pemimpin itu bukan sahaja telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, malah mengelirukan rakyat menerusi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka.
"Tidak pergi Parlimen tetapi buat banyak bising, keluarkan macam-macam kenyataan lucu yang akhirnya memusnahkan keharmonian negara," katanya dipetik.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Hari Pergubalan Awam Sedunia (WPRD) 2025 di Dewan Serbaguna, Universiti SEGI Kota Damansara,
Sementara itu Johari mengketogorikan Ahli Parlimen kepada tiga kumpulan itu yang bersikap baik, buruk dan teruk.
"Yang baik ialah mereka yang beri segala jenis idea, yang solid dan praktikal. Yang buruk pula asyik merungut, apa sahaja yang kita kata pasti dia mahu bantah.
"Tapi yang paling teruk ialah mereka yang tidak datang ke Parlimen. Mereka selalu tiada, tetapi di luar merekalah kononnya pemimpin.
"Selagi individu seperti itu diangkat sebagai pemimpin, negara akan terus berhadapan dengan pelbagai cabaran," tambahnya.
Johari tidak menyebut mana-mana Ahli Parlimen. Bagaimanapun, Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang diketahui umum sebagai antara Ahli Parlimen yang mempunyai rekod kedatangan yang buruk di Dewan Rakyat.









Comments