top of page

Johari akan gunakan pengalaman untuk laksana tugas sebaik mungkin di Dewan Rakyat



Speaker Dewan Rakyat yang baharu Datuk Johari Abdul berharap beliau akan dapat menggunakan pengalamannya selama berdekad dekad sebagai ahli politik, diplomat dan ahli perniagaan untuk melicinkan pengendalian urusan di dewan itu.


Hal berkenaan dinyatakan beliau dalam ucapan pertamanya sebagai Yang Dipertua Dewan pagi ini.


"Saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan PM yang mengusul dan menyokong saya dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.


"Saya juga berterima kasih kepada ahli Yang Berhormat yang memilih saya sebagai Yang Dipertua sebentar tadi


"Pemilihan saya ke jawatan ini satu penghormatan yang amat tinggi. Saya berikrar berusaha sedaya upaya dan semampu saya untuk memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan


"Saya yakin segala pengalaman dan pengetahun saya sebelum ini sebagai pegawai tadbir diplomatik, ahli perniagaan, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri akan membantu saya melaksanakan tanggungjawab yang berat ini," katanya.


Selain itu, beliau juga berharap anggota dewan memberi kerjasama kepadanya untuk melaksanakan sebarang urusan secara profesional.


"Saya berharap ahli Yang Berhormat akan kerjasama dengan saya dalam kita laksanakan tanggungawab sebagai ahli Dewan Rakyat," katanya.


Johari turut mengharapkan anggota dewan dari pihak pembangkang juga menyumbang ilmu pengetahuan kerana sebahagian daripada mereka pernah menjadi menteri kerajaan dalam sesi parlimen sebelum ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page