top of page

Johari Abdul tanding Ketua Cabang Sungai Petani



Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul memilih untuk bertanding Ketua Cabang Sungai Petani pada Pemilihan KEADILAN 2022.


Dalam siaran medianya beliau mengesahkan pencalonan jawatan Ketua Cabang memandangkan Ketua Cabang sebelumnya, Dr Robert Lee telah meninggalkan parti dan menyebabkan cabang itu lembab sepanjang beberapa tahun.


"KEADILAN memerlukan satu barisan kepimpinan cabang yang kukuh untuk menjadi tunjang utama perjuangan Reformasi.


"Setiap daripada kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi bagi sama-sama menggalas tanggungjawab untuk berkhidmat pada parti, perjuangan serta rakyat untuk memastikan KEADILAN kekal utuh dan relevan.


"Maka, dengan rasa penuh tawaduk dan rendah diri, saya Johari Abdul mengesahkan hasrat saya untuk menawarkan diri sebagai calon bagi mengisi tanggungjawab sebagai Ketua Cabang Sungai Petani untuk Pemilihan KEADILAN 2022 ini," katanya.


Selain itu, beliau berharap pemilihan 2022 akan berjalan secara harmoni dan dalam semangat kekeluargaan dengan azam untuk menguatkan parti menuju Pilihan Raya Umum ke 15


"Atas semangat kebersamaan serta kekeluargaan, saya berharap pemilihan KEADILAN ini dapat berlangsung dalam keadaan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan dan sebagainya. Bersainglah secara sihat tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak yang lain.


"Matlamat utama kita mahu mengukuhkan semula parti dan perjuangan secara bersama. Tanggungjawab mengangkat agenda Reformasi haruslah dipikul secara bersama," katanya lagi.


Datuk Johari berjanji sekiranya terpilih sebagai Ketua Cabang Sg Petani beliau akan melonjakkan gerak kerja KEADILAN di sana menjadi antara yang terbaik. Untuk rekod, pada pemilihan lalu Datuk Johari bertanding sebagai Naib Presiden KEADILAN selain Ketua Cabang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page