top of page

Johari Abdul letak jawatan ADUN Gurun dicalonkan Speker Dewan Rakyat



Ketua pembangkang DUN Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.22 Gurun, Datuk Johari Abdul hari ini mengumumkan beliau mengosongkan kerusi DUN berkenaan.


Dalam satu video di akaun Facebooknya, Johari berkata pengosongan kerusi tersebut telah dimaklumkan kepada Speaker DUN Kedah dan berkuatkuasa serta merta.


"Saya Datuk Johari Abdul, ADUN Kedah N.22 Gurun telah pun mengutus sepucuk surta kepada YB Datuk Johari Mulat, Datuk Speaker DUN Kedah


"Surat itu telah sah diterima bertarikh 13 Disember 2022. Intipati surat tersebut berbunyi saya Datuk Johari Abdul dengan ini memaklumkan kepada YB Datuk Speaker bahawa saya mengosongkan kerusi DUN negeri N.22 Gurun yang saya mewakili berkuatkuasa serta merta


"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker yang memberi ruang kepada saya terlibat secara aktif dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Saya juga ucap ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat di DUN Gurun," katanya.

Johari mengumumkan perletakan jawatan

Suara Keadilan mendapatkan pengesahan kenyataan itu daripada Johari, dan beliau berkata pengosongan kerusi berkenaan perlu dilakukan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau telah dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat yang akan dipilih pada 19 Disember ini.


"Wajib letak jawatan (ADUN) ikut Perlembagaan. Untuk jadi Spekaer (Dewan Rakyat).


"Ada dua calon Speaker, saya dan seorang bekas Menteri dari Bersatu (pembangkang). Lawan (undi di Dewan Rakyat)," katanya ringkas.


Dengan kenyataan Johari itu telah menamatkan spekulasi calon Speker Dewan Rakyat dari Kerajaan Perpaduan yang dibariskan oleh media sejak 2 minggu lalu melibatkan beberapa nama.


Kenyataan penuh Johari boleh diikuti di https://www.facebook.com/mpsungaipetani

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page